Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Mahathir mempunyai pengalaman yang banyak dalam pentadbiran negara dan tentunya lebih matang berbanding sebelum ini.
"Dulu beliau (Mahathir) umur 40-an sekarang 90-an. Suasana masyarakat berubah, keadaan berubah, pemikirannya juga berubah. Pengalaman beliau lebih banyak lagi dan beliau belajar dari pengalaman dulu.
"Daripada pengalaman dulu tu, kita jangka beliau sekarang jadi lebih matang sebab tu Mahathir janji nak bagi royalti kepada Kelantan dan Terengganu," katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Tahunan Pas Pusat kali ke 64 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Musyidul Am Pas, Datuk Hasyim Jasin dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan. - Bernama